Langkah-Langkah Untuk Beli Rumah Pertama Di Malaysia

Anda ingin membeli, memiliki dan mendiami rumah yang selesa atau melabur dalam hartanah tetapi masih kabur tentang langkah-langkah beli rumah pertama? Oleh itu, amat penting untuk tahu tentang tips beli rumah pertama.

Sinilah langkah-langkah yang anda perlu ikut untuk beli rumah pertama di Malaysia.

rumah mampu milik selangor

1. Buat kajian sebelum beli rumah

Carilah pengetahuan tentang pembelian rumah dahulu kerana anda perlulah membuat kaji selidik supaya memahami asas-asas hartanah kediaman di Malaysia serta cara menjana pendapatan sampingan.

Anda perlulah memahami apa tujuan untuk anda beli rumah, untuk diduduki ataupun untuk pelaburan. Untuk beli rumah pertama, anda tidak perlu beli yang besar-besar terus.

Anda boleh cari senarai hartanah seperti Subsale, lelong dan unit dalam pembinaan untuk diberi daripada Agen hartanah berdaftar ataupun lelong, laman sesawang dan sosial media Facebook.

2. Memilih lokasi dan jenis rumah

Anda boleh cari rumah mampu milik yang dekat supaya boleh duduk sendiri atau dekat dengan tempat kerja anda jika ingin mencari sebuah rumah kediaman. Selain itu, anda patutlah memilih lokasi yang dekat dengan sekolah supaya membenarkan anda menghantar anak-anak ke sekolah lebih mudah.

Jika anda ingin cari rumah bermatlamatkan pelaburan, anda patutlah mencari lokasi yang dekat daripada lebuh raya dan pengangkutan awam. Kalau jarak rumah ke pusat bandar adalah lebih dekat, rumah itu boleh disewa dengan kadar yang lebih tinggi.

Oleh itu, anda boleh membuat kaji selidik tentang harga semasa hartanah yang ingin dibeli supaya boleh menjual rumah tersebut di masa hadapan.

3. Membuat persediaan dari segi bajet

Sebagai orang biasa, tak mungkin boleh beli rumah secara menggunakan wang tunai sahaja. Oleh itu, anda perlulah pinjaman perumahan daripada pihak bank dan membeli rumah memerlukan duit muka atau ‘Down Payment’. Kebiasaannya, pembeli rumah kali pertama perlu mengeluarkan 10% daripada harga pembelian hartanah.

Jika anda sedang mencari pinjaman perumahan tetapi tidak pasti akan apa yang patut anda lakukan. Anda boleh menentukan bajet dengan cara kira loan rumah supaya anda dapat memfahami berapa ansuran yang anda perlu bayar setiap bulan.

rumah mampu milik pahang

Selain itu, untuk pengiraan pembiayaan atau pinjaman, anda boleh masukkan amaun ikut kehendak hati anda degan menggunakan kalkulator loan rumah Anda perlu memastikan dapat membayar bayaran bulanan semasa surat tawaran pinjaman dikeluarkan oleh pihak bank. Masukkan sekali kos penyelenggaraan ke dalam bajet bulanan jika berkenaan.

Semasa pembelian rumah, anda mungkin perlu membayar kos dokumentasi, yuran guaman, duti setem, yuran Perjanjian Jual Beli (SPA) dan yuran penilaian.

4. Memohon pinjaman rumah

Setelah membayar yuran tempahan atau deposit awal, anda harus mencari pembiayaan dan pinjaman daripada pihak bank.

i.   Pinjaman islamik

Di dalam perbankan Islam, ia adalah pembiayaan. Bermaksud, tiada ‘pinjaman secara Islam’. Bukan setakat istilah sahaja yang berbeza, mekanisme yang terlibat juga berbeza dengan pinjaman rumah konvensional.

Pembiayaan Islamik atau pinjaman islamik tiada wujud pembayaran faedah atau riba. Apabila tiada riba, tiadalah berlakunya penindasan.

rumah mampu milik melaka

ii.  Pinjaman peribadi

Pinjaman peribadi adalah pinjaman yang anda layak berdasarkan rekod kredit dan pendapatan anda. Pinjaman ini kadang-kadang disebut “pinjaman tandatangan” atau “pinjaman tidak bercagar” kerana tidak ada cagaran untuk mendapatkan pinjaman peribadi.

Oleh itu, anda perlulah pilih tempoh pinjaman yang betul, mengetahui semua yuran dan caj pinjaman.

iii. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Pengeluaran KWSP untuk beli rumah boleh membenarkan anda mengeluarkan simpanan dari Akaun 2 untuk membiayai pembelian rumah. Skim ini membenarkan individu (atau pembeli bersama) mengeluarkan wang dari Akaun KWSP mereka untuk membeli sebuah rumah atau lot kedai dengan unit kediaman, dari pemaju, individu, atau dalam lelongan awam.

Anda boleh memohon pengeluaran ini secara online ataupun walk-in di kaunter KWSP yang berdekatan supaya menghantar borang KWSP 9C (AHL) dan senarai semak dokumen.

Back to top